APAKAH ITU WIFI 6?

Teknologi WiFi terkini ada WiFi 6.

Wi-Fi 6 merupakan piawaian terbaru bagi teknologi sambungan tanpa wayar. Wi-Fi 6 yang juga dikenali sebagai 802.11ax dibangun untuk meningkatkan piawaian teknologi Wi-Fi 5 (802.11ac) sedia ada.

Secara dasarnya, ia dibangunkan sebagai respon kepada peningkatan penggunaan peranti di seluruh dunia. Setiap rumah memiliki pelbagai peranti seperti komputer riba, telefon pintar, tablet dan sebagainya. Penggunaan pelbagai peranti ini membuatkan rangkaian menjadi sesak dan seterusnya timbul masalah sambungan internet yang terlalu perlahan.

Wi-Fi 6 direka untuk meningkatkan kelajuan, kecekapan dan mengurangkan kesesakan dalam penggunaan jalur lebar yang berat.

 

Seperti biasa, piawaian Wi-Fi terkini menawarkan kelajuan pemindahan data yang lebih pantas. Jika menggunakan penghala Wi-Fi dengan satu peranti, kelajuan maksimum Wi-Fi 6 boleh mencapai sehingga 40% lebih pantas berbanding Wi-Fi 5.

Kapasiti rangkaian juga boleh dipertingkatkan sehingga 4 kali lebih baik berbanding versi sebelumnya.

Dengan penggunaan WI-Fi 6, ia memberikan prestasi yang lebih baik di tempat orang ramai. Anda mungkin perasan keadaan rangkaian Wi-Fi yang perlahan apabila mempunyai pengguna yang ramai. Ia seperti keadaan dimana kenderaan berada dalam lalulintas yang sesak.

Melalui sokongan MU-MIMO (Multiple User Multiple In and Multiple Out) yang ada pada Wi-Fi 6 membolehkannya mengawal dua kali ganda atau lebih trafik. Ia sekaligus memberikan manfaat khususnya di lokasi-lokasi besar seperti institusi pendidikan, lapangan terbang, pejabat dan sebagainya.

APA ADA PADA WIFI 6 ?

Fungsi “Target Wake Time” (TWT) yang terdapat pada Wi-Fi 6 membolehkan peranti untuk menyesuaikan masa dan bagaimana ia menerima atau menghantar data. Peningkatan sleep time sesuatu peranti akan mengurangkan penggunaan kuasa yang seterusnya dapat meningkatkan jangka hayat bateri telefon pintar dan peranti IoT.

 

kredit to wiser.my

Tengok Password Guna Script

CARA-CARA NAK TENGOK PASSWORD UNIFI DALAM ROUTER ( BROWSER CHROME)

Step1 : Mula-mula, bawa cursor ke dalam kotak password dan klik mouse kanan. Klik pada Inspect

 

Step2 : Bawa cursor kedalam script, cari input type password.Delete perkataan password

 

Step3 : Bawa cursor kedalam kotak password. Anda sudah boleh nampak password yg ditanda …. tadi.

 

Step4 : Delete page script dengan klik Pangkah(X). Selesai.

 

 

MENU