Simple tips yang boleh mengelakkan equipment panas.
SILA SUSUN EQUIPMENT UNIFI ANDA ASING-ASING
JANGAN SUSUN EQUIPMENT UNIFI ANDA BERTINDIH
Cara paling baik adalah dengan Letakkan RG di kawasan terbuka di lokasi sesuai. Kerana cara isyarat Wi-Fi bergerak, yang terbaik adalah mengangkat RG(letak di kedudukan diatas (rujuk gambar) -jika boleh). Jangan letak di bawah meja, dalam almari,berdekatan alatan metal, dll.
Elakkan meletak RG berdekatan dengan peralatan microwave.
Perkongsian 10 sebab kenapa wifi slow yang secara tak langsung bagi kesan kepada speed internet.
1. Halangan Halangan seperti dinding batu, alat elektrikal seperti microwave oven dan peranti wireless dan bluetooth yang lain, punca signal wifi tak stabil.
2. Jarak Kalau PC atau peranti korang jauh dari router pun antara punca wifi lemah dan speed menurun.
3. Network card tak update Kalau dah lama tak update, boleh cuba update sekarang.
4. Channel congested Banyak peranti wireless berkongsi channel yang sama dan bertindih antara satu dengan lain.
5. Antenna low gain Bila antenna low gain coverage tak boleh stabil dan pergi jauh.
6. Modem yang outdated Mungkin internal antenna wifi modem korang pun low gain. Kalau internal antenna yang macam ni, takde cara lain melainkan tukar modem baru.
7. Router tersorok Jangan letak router atas lantai atau tempat terlindung, letak tempat tinggi dan lapang.
8. Router tak pernah reboot Setkan automatik reboot dalam modem setting.
9. VPN Kebanyakan VPN sekarang ni server dah banyak down sebab ramai sangat guna, free lah katakan.