PROBLEM STATEMENT NO.1

Saya subscribe Unifi 300 Mbps, kenapa mobile phone saya Cuma dapat 40 Mbps saja walaupun saya berada di depan router TM?

Panduan menjawab persoalan.

-Kemungkinan Mobile phone / device pelanggan tak support signal 5Ghz – hanya detect signal 2.4Ghz

-Buka website gsmarena.com / masukkan jenis handphone yang digunakan pelanggan.

-dlm specs refer (COMMS) saya ambil contoh Samsung Galaxy J7 Prime

Run command prompt pada laptop anda/pelanggan: Contoh dibawah boleh support hingga Wi-Fi ac.

Jadi kita nampak disini , hanphone pelanggan samsung galaxy J7 Prime (contoh). hanya ada WLAN b/g/n saja. Jadi for sure , handphone pelanggan hanya akan dapat speedtest kurang dari 100Mbps saja.

Kita dah boleh memberitahu pelanggan bahawa handphone pelanggan memang tak support speed lebih dari 100Mbps berdasarkan fakta diatas.

Jadi SPEED dan NETWORK SPECS memang memainkan peranan penting. Kedua-dua perlu selari.

TQVM

 

 

 

PROBLEM STATEMENT NO.2

Router TM saya berada di ruang tamu tetapi kenapa dekat  bilik anak saya di tingkat 3 tidak dapat Wi-Fi. Boleh bantu saya selesaikan masalah saya ni.

Cadangan jawapan:

Dengan penggunaan MESH WIFI

perlu terangkan perbezaan mengguna MESH WIFI VS WIFI EXTENDER

Tunjukan secara DEMO set MESH WIFI kepada pelanggan.

-router placement

-line of sight

-Wi-Fi interferences

Internet tak stabil kat rumah ada 2 smartphone 2.4ghz,1 android tv 2.4ghz dengan 1 phone 5ghz

Assalamualaikum, kalau macam ni masalah ape yer? Internet tak stabil, device kat rumah ada 2 smartphone 2.4ghz,1 android tv 2.4ghz dengan 1 phone 5ghz. Kerap2 dah jadi mcm ni.

Penyelesaian:

cadangan : Bila lagi terjadi? Untuk masalah ini cuba tutup modem router selama 30 saat, cuba clear history dlm google, dan cuba guna cabel lan tutup semua device tinggal yg nk test sahaja router ke laptop.

Cadangan :di rumah saya ada 4 device dan mostly hanya boleh guna wifi 2.4Ghz. Wifi 2.4GHz nak kena adjust wifi channel 1 atau 6 atau 11. tapi kalau tinggal di kawasan yg ramai pakai wifi memang akan bermasalah sambungannya.
kalau semua device guna wifi 5Ghz insyaAllah tiada masalah/issue.
Cadangan : Sama mcm problem saya tv smart 2.4 ghz hp support 5ghz…kalau tgk nextfflix dlk kul 1 pagi memang slalu problem mcm ni..brpa kali complain tm sama juga

Masalah sudah diselesaikan, cuma masalah “smart connect” kena asingkan configuration band wifi …terus masalah selesai.

TIPS CARA SUSUN KEDUDUKAN EQUIPMENT UNIFI

TIPS

Simple tips yang boleh mengelakkan equipment panas.
 
SILA SUSUN EQUIPMENT UNIFI ANDA ASING-ASING
JANGAN SUSUN EQUIPMENT UNIFI ANDA BERTINDIH
Cara paling baik adalah dengan Letakkan RG di kawasan terbuka di lokasi sesuai. 
Kerana cara isyarat Wi-Fi bergerak, yang terbaik adalah mengangkat
RG(letak di kedudukan diatas (rujuk gambar) -jika boleh).
Jangan letak di bawah meja, dalam almari,berdekatan alatan metal, dll.

 

Elakkan meletak RG berdekatan dengan peralatan microwave.

9 SEBAB KENAPA WIFI SLOW

Perkongsian 10 sebab kenapa wifi slow yang secara tak langsung bagi kesan kepada speed internet.

1. Halangan
Halangan seperti dinding batu, alat elektrikal seperti microwave oven dan peranti wireless dan bluetooth yang lain, punca signal wifi tak stabil.

2. Jarak
Kalau PC atau peranti korang jauh dari router pun antara punca wifi lemah dan speed menurun.

3. Network card tak update
Kalau dah lama tak update, boleh cuba update sekarang.

4. Channel congested
Banyak peranti wireless berkongsi channel yang sama dan bertindih antara satu dengan lain.

5. Antenna low gain
Bila antenna low gain coverage tak boleh stabil dan pergi jauh.

6. Modem yang outdated
Mungkin internal antenna wifi modem korang pun low gain. Kalau internal antenna yang macam ni, takde cara lain melainkan tukar modem baru.

7. Router tersorok
Jangan letak router atas lantai atau tempat terlindung, letak tempat tinggi dan lapang.

8. Router tak pernah reboot
Setkan automatik reboot dalam modem setting.

9. VPN
Kebanyakan VPN sekarang ni server dah banyak down sebab ramai sangat guna, free lah katakan.

APAKAH ITU WIFI 6?

Teknologi WiFi terkini ada WiFi 6.

Wi-Fi 6 merupakan piawaian terbaru bagi teknologi sambungan tanpa wayar. Wi-Fi 6 yang juga dikenali sebagai 802.11ax dibangun untuk meningkatkan piawaian teknologi Wi-Fi 5 (802.11ac) sedia ada.

Secara dasarnya, ia dibangunkan sebagai respon kepada peningkatan penggunaan peranti di seluruh dunia. Setiap rumah memiliki pelbagai peranti seperti komputer riba, telefon pintar, tablet dan sebagainya. Penggunaan pelbagai peranti ini membuatkan rangkaian menjadi sesak dan seterusnya timbul masalah sambungan internet yang terlalu perlahan.

Wi-Fi 6 direka untuk meningkatkan kelajuan, kecekapan dan mengurangkan kesesakan dalam penggunaan jalur lebar yang berat.

 

Seperti biasa, piawaian Wi-Fi terkini menawarkan kelajuan pemindahan data yang lebih pantas. Jika menggunakan penghala Wi-Fi dengan satu peranti, kelajuan maksimum Wi-Fi 6 boleh mencapai sehingga 40% lebih pantas berbanding Wi-Fi 5.

Kapasiti rangkaian juga boleh dipertingkatkan sehingga 4 kali lebih baik berbanding versi sebelumnya.

Dengan penggunaan WI-Fi 6, ia memberikan prestasi yang lebih baik di tempat orang ramai. Anda mungkin perasan keadaan rangkaian Wi-Fi yang perlahan apabila mempunyai pengguna yang ramai. Ia seperti keadaan dimana kenderaan berada dalam lalulintas yang sesak.

Melalui sokongan MU-MIMO (Multiple User Multiple In and Multiple Out) yang ada pada Wi-Fi 6 membolehkannya mengawal dua kali ganda atau lebih trafik. Ia sekaligus memberikan manfaat khususnya di lokasi-lokasi besar seperti institusi pendidikan, lapangan terbang, pejabat dan sebagainya.

APA ADA PADA WIFI 6 ?

Fungsi “Target Wake Time” (TWT) yang terdapat pada Wi-Fi 6 membolehkan peranti untuk menyesuaikan masa dan bagaimana ia menerima atau menghantar data. Peningkatan sleep time sesuatu peranti akan mengurangkan penggunaan kuasa yang seterusnya dapat meningkatkan jangka hayat bateri telefon pintar dan peranti IoT.

 

kredit to wiser.my

MENU